Thursday, October 27, 2011

jadikan contoh dari kisah keluarga al-imran

Kita semua tahu, dalam Al-Quran ada sebut tentang keluarga Imran. Walaupun kita tak tahu siapa Imran tu, tetapi Allah swt telah rakamkan kisah keluarga ini dalam Al Quran. Mengapa?Kerana..keluarga Imran ialah keluarga contoh yang ada fikir risau tentang zuriat. Mereka bukan risau zuriat mereka tak makan, takde rumah, atau takde kerja…Tapi fikir risau mereka adalahbagaimana anak dan zuriat mereka dapat jadi orang-orang yang khidmat untuk agama…fikir risau agar anak cucunya selamat dari disentuh dan diganggu oleh syaitan…

Justeru, kita baca dalam Al-Quran bagaimana isteri Imran, ibu kepada Hadrat Maryam a.s semasa hamil lagi telah berniat, malah menazarkan anaknya untuk berkhidmat kepada agama…Kemudian, dia doa lagi agar anaknya dan zuriatnya tidak diganggu syaitan. Maka lahirlah Maryam a.s dan Isa a.s tanpa disentuh oleh syaitan, mereka tidak menangis ketika lahir. (Selain dari mereka berdua, semua bayi yang lahir disentuh oleh syaitan sebaik saja mereka menerpa dari perut ibu mereka..)
Tapi, apabila lahirnya seorag anak perempuan, isteri Imran tidak putus asa dan gelabah, dengan tenang dia tunaikan nazarnya dan mengadu kepada Allah bahawa yang lahir ini adalah anak perempuan, dan perempuan tidak seperti lelaki. Namun, Allah Maha Tahu apa yang Dia taqdirkan…dan dia (isteri Imran) redha atas ketentuan ini, dan tetap tunaikan nazarnya dengan meletakkan Maryam a.s di mihrab (dlm kawasan masjid) dengan dijaga oleh bapa saudaranya Nabi Zakariyya a.s..

Pernah saya dgr tafsir kisah Maryam a.s ini, bahawa Maryam a.s ini cepat sekali tumbesarannya, bkn seperti manusia biasa…Hanya dalam beberapa tahun dia telah sampai umur jadi gadis, kemudian tambah matang…Begitu juga Nabi Isa as, lahir sahaja sudah boleh bertutur dengan fasih! Maknanya mereka membesar rapidly!
Pada zaman itu, keadaan semasa orang-orang Yahudi sangat rosak dari moral mereka. Justeru, Nabi Zakariyya a.s meletakkan Maryam a.s di tingkat yang tinggi dan dilindungi dari melihat persekitarannya…Khabarnya pintu untuk sampai ke mihrab tempat Maryam a.s tinggal mempunyai 27 pintu dan hanya Nabi Zakariyya a.s seorang sahaja yang boleh masuk ke situ.. masyaAllah…

Dengan izin Allah, Maryam a.s dibesarkan dalam suasana yang bersih dari maksiat, dalam suasana ibadat. Keyakinannya pada Allah bertambah, dengan datangnya buah-buahan di luar musim terus ke dalam mihrabnya…Apabila ditanya oleh Nabi Zakariyya a.s, dari mana datangnya buah-buahan ini, kerana hanya dia seorang sahaja yang boleh masuk ke situ, dijawab Maryam a.s…”huwa min ‘indillah“…yang bermaksud; “ianya dari sisi Allah” . Sehingga berkali-kali ditanya oleh Nabi Zakariyya a.s, itu juga jawapannya…Maka yakinlah Nabi Zakariyya a.s bahawa anak gadis ini sangat istimewa, dapat rezeki terus dari Allah..

Dan kemudian dia pun terfikir, takkan dia pun tak boleh dapat, sedangkn dia seorang Nabi…Maka, dia terus doa untuk dapat zuriat yang akan menyambung kerja agamanya…(sedangkan pada waktu itu, Nabi Zakariyya a.s sudah tua dan isteri Nabi Zakariyya a.s sudah berumur 80 tahun++) Dan hasilnya, doa Nabi Zakariyya a.s dimaqbulkan oleh Allah dengan berita yang dia akan dapat seorang anak namanya Yahya yang akan menjadi nabi juga…MasyaaAllah! bukan saja dapat anak, siap nama dan tugas lagi dah diberitakan. Walhal baru berdoa, belum pun lahir anaknya…

Oh ye, kata-kata Maryam a.s tadi bila di tanya oleh Nabi Zakariyya a.s itu, (“huwa min ‘indillah“) pernah juga disebut-sebut oleh Fatimah r.aha bila beliau menerima pemberian dari sesiapa…Jadi, kita pun bila ada jiran ke.. sape-sape bagi kita makanan atau apa-apa juga, kita katalah ‘huwa min ‘indilllah‘…lebih-lebih lagi kalau orang atau suami.. atau anak tanya, “sapa bagi ni ummi?”…kita pun jawab dulu…’huwa min ‘indilllah….dan lepas tu, barulah cakap…”makcik nab sebelah tadi hantarkan..” begitulah hendaknya.. Semoga yakin kita bertambah pada Allah setiap waktu.

Kisah keluarga Imron ni, Allah beritakan dalam Quran supaya kita ambil kaedahnya…
1)Semasa hamil, niat anak untuk agama, doakan anak agar dilindungi Allah dari syaitan…Rujuk surah Ali Imran, ada ayat doa isteri Imran tu…Amalkan ye…
2)Ibu-ibu hamil, jangan tinggalkan ibadah kepada Allah, di samping dakwah siang hari, malam bangun tahjjud doa pada Allah.
3)Anak-anak yang sedang membesar, kita besarkan dalam suasana iman dan amal. Hari-hari, cakap tentang keyakinan dan kebesaran Allah sehingga dia yakin semuanya datang dari Allah…

4) Kita usaha anak kita diberi pelajaran agama yang baik, macam Maryam a.s dihantar kepada Nabi Zakariyya a.s untuk ditarbiyah agama…Kita bukan ustaz ustazah, kita hantar anak-anak ke madrasah agar dapat belajar agama. Tapi, untuk hasilkan iman yakin, hanya dengan dakwah, jadi kita didik anak kita dengan dakwah juga…
5)Bila kita hidupkan suasana iman dan amal dalam rumah, kita akan dapat keyakinan kepada Allah swt dan orang yang datang ke rumah kita juga akan terkesan dengan keyakinan kita

6)Anak-anak perempuan kita jangan selalu biasakan berada di luar rumah…nanti akan terkesan dengan suasana maksiat di luar…
Ada banyak lagi pengajaran dari kisah keluarga Imran ini, jadi kita bacalah Surah Ali Imran dalam al Quran, dan amalkannya…InsyaAllah semoga saya dapat amalkan, begitu juga dengan anda..dan sampai-sampaikanlah cerita ini pada yang lain….Macam Nabi Muhammad SAW sabda lebih kurang maksudnya, kadang-kadang orang yang disampaikan itu, lebih dapat amalkan dari orang yang menyampaikannya…kerana taufik hidayah adalah dari Allah…Moga-moga dapat sahamnya bila orang lain amalkan…

WALLAHUALAM…


sumber :http://anakkusoleh.com

Info tentang kelahiran kembar


Melahirkan kembar memang menjadi idaman setiap pasangan, lebih lebih lagi apabila melihat pasangan lain yang mempunyai anak kembar yang cukup comel, timbul keinginan dan iri yang kuat untuk sama menikmatinya tapi tahukah anda memiliki anak kembar tidak semudah yang disangka dan meletakkan kandungan anda sebagai kehamilan berisiko.

Kembar seiras berasal dari satu telur yang tersenyawa dengan 1 sperma. Mereka akan mempunyai jantina yang sama dan rupa yang sama.

Kembar tidak seiras pula berasal dari telur-telur yang disenyawakan oleh sperma yang berbeza. Ia mungkin mempunyai jantina yang berbeza atau sama.

Ubat kesuburan menambahkan risiko mendapat anak kembar. Clomid memberikan 10% risiko manakala Gonal F memberikan risiko 30%.

Kandungan kembar mempunyai lebih risiko untuk lahir pra-matang, keguguran dan kejadian bayi cacat.

Bayi selalunya mempunyai berat badan yang lebih kecil semasa dalam kandungan dan selepas lahir.

Kandungan kembar mempunyai lebih risiko untuk kematian bayi dalam kandungan, samada salah satu atau keduanya berkemungkinan berpunca dari masalah uri, tali pusat terbelit, kecacatan dan lain-lain.

Vanishing Twin adalah istilah yang digunakan untuk mengambarkan kandungan kembar yang tiba-tiba hilang dan menjadi satu. Ia selalunya terjadi pada awal kehamilan iaitu 6-7 minggu dan cuma dikesan melalui ujian ultrasounds.

Ibu yang hamil anak kembar lebih berisiko untuk mengalami PRE-ECLAMPSIA, satu keadaan penyakit darah tinggi yang serius dan juga masalah kencing manis.

Disebabkan oleh uri yang lebih besar, ibu lebih berkemungkinan untuk mendapat Placenta Previa, satu keadaan dimana uri berada pada kedudukan bawah yang boleh meberikan pendarahan faraj semasa hamil.

Ibu sering mendapat ‘ morning sickness yang berganda dari biasa dan sakit sakit semasa hamil yang lebih kerap dan teruk dari kandungan biasa.

Peluang hamil kembar menjadi tinggi sekiranya anda mempunyai saudara terdekat yang mempunyai anak kembar.

Hamil kembar bermakna ibu hamil kembar perlukan lebih pemakanan vitamin dan zat dari kandungan tunggal kerana anda akan lebih kerap mendapat anemia iaitu masalah kekurangan sel darah merah.

Anda lebih berisiko untuk menjalani pembedahan ceasarean kerana bayi kembar lebih cenderung berada dalam kedudukan tidak normal kerana saiz yang lebih kecil.

Ibu kembar lebih kerap mendapat risiko tumpah darah selepas melahirkan samada kelahiran melalui caesarean mahupun kelahiran normal.

sumber : ensiklopedia petua melayu

Tuesday, October 25, 2011

kesan penyakit tiroid kepada wanita hamil



APABILA berbicara mengenai penyakit tiroid atau kelenjar di leher, ramai membayangkan ia benjolan bengkak pada bahagian itu. Namun tahukah anda tidak semua pesakit tiroid menunjukkan tanda bengkak pada bahagian itu?

Ia juga tiada tanda awal seperti rasa kurang selesa atau sakit yang biasa dirasai misalnya penyakit gastrik yang akan berasa pedih pada hulu hati. Pun begitu, ia dapat dikesan apabila seseorang itu kerap berpeluh, menggeletar, kuat makan, mudah marah dan lain-lain.

Tiroid adalah kelenjar endokrin berbentuk seakan-akan rama-rama dan mengeluarkan hormon tiroksin atau T4 dan liothyronine atau T3 yang sangat penting bagi kesihatan badan secara keseluruhan. Tiroid terletak di pangkal leher dan depan saluran pernafasan (trakea) serta saluran makanan.

Hormon ini mengawal metabolise (pengeluaran tenaga) manusia. Jika tiroid tidak berfungsi dengan sempurna, ia memberi kesan terhadap aspek kesihatan, terutama terhadap berat badan, kemurungan dan tahap tenaga.

Perunding Perubatan Endokrinologi Pusat Perubatan Pantai Cheras, Dr Lim Soo San berkata, ada dua jenis tiroid iaitu hipertiroid dan hipotiroid yang biasa menyerang wanita berbanding lelaki.

“Empat nisbah satu gejala tiroid menyerang golongan wanita berusia 20-an ke atas kerana sebab dan alasan yang masih tidak diketahui hingga kini.

“Kebanyakan masyarakat pula masih tidak mengambil serius penyakit ini yang dirasakan tidak penting berbanding penyakit lain.

Sebenarnya, tiroid boleh menyebabkan kematian jika tidak dirawat dengan segera, apatah lagi kepada ibu mengandung serta bayi dalam kandungan yang turut menyebabkan keguguran janin, kelahiran pramatang, janin bersaiz kecil, craniosynostosis dan seumpamanya,” katanya, baru-baru ini.

Dianggarkan 200 juta penduduk dunia mengalami masalah ini tetapi masih ramai tidak mendapatkan rawatan kerana gejala ini dianggap biasa serta tidak berbahaya.

Kira-kira 10 hingga 20 peratus wanita berusia 40 tahun ke atas mengalami masalah ini dan meningkat kepada 15 hingga 20 peratus apabila mencecah usia 60 tahun manakala lelaki berusia 60 tahun ke atas, catatan kes hanya sekitar lima hingga 10 peratus.

Apakah hipertiroid?

Kadar hormon tiroid yang berlebihan dan terlalu aktif dikenali sebagai hipertiroid. Biasanya ia disebabkan penyakit auto imun manakala badan manusia pula menghasilkan antibodi yang mampu merangsang kelenjar tiroid. Hipertiroid berlaku apabila kelenjar tiroid berfungsi terlalu aktif dan menghasilkan terlalu banyak hormon tiroksin.

Simptom hipertiroid:

Hilang berat badan

Kerap buang air besar

Sering berpeluh

Berdebar

Menggeletar

Penglihatan terjejas

Lumpuh kaki, terutama lelaki

Perbezaan pada jari tangan dan kulit di bahagian betis

Bertambah selera makan

Rawatan hipertiroid

Rawatan penyakit lazimnya melalui ubat-ubatan. Ada juga pesakit diberi rawatan radioaktif iodin, terutama bagi kes nodular goiter dan adenoma toksik, tetapi jarang yang memerlukan pembedahan.

Apakah hipotiroid?

Hipotiroid disebabkan penyakit auto imun dan selepas seseorang menjalani pembedahan pembuangan tiroid atau mengambil radioaktif iodin. Ia berlaku kerana kelenjar tiroid tidak berfungsi dengan baik di samping tidak mampu dihasilkan secukupnya.

Simptom hipotiroid:

Kaki bengkak

Ingatan terganggu

Lembap

Malas

Kuat tidur

Badan sering terasa sejuk

Boleh merosakkan jantung jika tidak segera dirawat

Pesakit yang mengalami penyakit ini mudah dirawat, tetapi terpaksa mengambil tiroksin seumur hidup yang selamat dan tiada kesan sampingan

Hipotiroidisme kongenital

Biasanya ia berlaku di kalangan bayi disebabkan tiroid mereka tidak berfungsi secara normal. Di Barat, bayi yang mengalami masalah ini biasanya dikenal pasti selepas dilahirkan kerana negara berkenaan menjalankan ujian penyaringan ke atas setiap bayi.

Lazimnya bayi yang ada masalah tiroid menunjukkan tanda seperti sukar bernafas, sukar menyusu, hernia pada pusat, kelihatan biru, jaundis, serta lewat tumbesaran.

Secara purata, seorang daripada 4,000 bayi dilahirkan menghadapi masalah tiroid tidak berfungsi.

Rawatan

Wanita hamil disaran menjalani terapi penggantian hormon dalam bentuk pil makan yang diambil setiap hari seumur hidup. Tablet natrium levothyroxine perlu diambil 30 minit sebelum meningkatkan penyerapan hormon


sumber :http://www.mummynemo.com

Friday, October 21, 2011

Tanda-tanda kekurangan khasiat makanan




Gejala - Kekurangan khasiat

Rambut kanak-kanak kusam dan kering atau mudah gugur - Protein atau tenaga

Lidah berwarna keunguan - Vitamin B2


Gusi berdarah - Vitamin C

Bengkak tiroid (bengkak pada bahagian hadapan leher - Iodin

Kuku berbentuk seperti sudu - Zat besi

Tulang Rickets - Vitamin D3

Ketumpatan jisim tulang rendah - Kalsium


sumber :http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Kreatifpancingseleraanak/Article

Tuesday, October 18, 2011

makanan yang perlu dielakkan untuk bayi



Makanan yang perlu dielakkan

madu
madu menganndungi spora botulisme,usus bayi belum cukup kuat untuk mencegah pertumbuhan spora yang boleh menyebabkan keracunan.

kacang
struktur kacang yang tebal dan lekit sukar untuk bayi menelannya.

makanan bergaram
Garam (ginjal bayi belum cukup kuat untuk menerimanya), makanan rendah lemak (tidak disarankan untuk anak di bawah usia 2 tahun), jus buah atau jeruk murni, telur mentah, pemanis buatan, hot dog, dan sosis yang tinggi kadar lemak. Begitu pula makanan dengan tambahan bumbu dan rempah-rempah.

makanan yang boleh buatkan bayi tersedak
Makanan yang kecil, tetapi keras, seperti kacang, popcorn, atau kismis, perlu dihindari agar si kecil tidak tersedak. Bahkan, makanan yang lunak seperti marshmallow atau jelly pun boleh tersangkut di kerongkongnya..

alergik
Jika keluarga Anda memang cenderung mengalami alergi, minta nasihat doktor terlebih dahulu mengenai cara memperkenalkan makanan, seperti susu sapi, kacang, gandum, ikan, dan telur.


makanan padat yang sesuai untuk bayi

Usia 6 bulan
Bubur susu 1-2 sendok makan, dua kali sehari.
Sayuran dalam jumlah sekitar 1-2 sendok makan, dilumatkan.
Buah dalam jumlah kecil, sekitar 1-2 sendok makan, dilumatkan.

Usia 7 bulan

Bubur susu 2-3 sendok makan, dua kali sehari.
Sayuran 2-4 sendok makan, dilumatkan.
Buah 2-4 sendok makan, dilumatkan.
Ikan, daging, ayam, 1-2 sendok makan, dilumatkan.
Kentang 1 sendok makan, dilumatkan.

Usia 8 bulan
Bubur susu 2-3 sendok makan, dua kali per hari.
Sayuran 6-8 sendok makan, dilumatkan.
Buah 2-4 sendok makan, dihaluskan.
Daging, ikan, ayam, 1-2 sendok makan, dilumatkan.
Kentang, nasi, 1-2 sendok makan, dilumatkan.

Usia 9 bulan
Bubur susu 3-4 sendok makan, dua kali sehari.
Sayuran 2-3 sendok makan, dilumatkan.
Buah 3-4 sendok makan, dihancurkan.
Ikan, daging, ayam, 1-2 sendok makan, dilumatkan.
Kentang, nasi, 2-3 sendok makan, dilumatkan.

Usia 10 bulan
Bubur susu 3-4 sendok makan, dua kali sehari.
Sayuran 3-4 sendok makan, dilumatkan atau dicincang kasar.
Buah 3-4 sendok makan, dihancurkan atau dicincang kasar.
Ikan, daging, ayam, 1-2 sendok makan, dilumatkan atau dicincang kasar.
Kentang, nasi, 2-3 sendok makan, dilumatkan.

Usia 11 bulan
Bubur susu 4 sendok makan, dua kali sehari.
Sayuran 3-4 sendok makan, dilumatkan atau dicincang kasar.
Buah 3-4 sendok makan, dihancurkan, dilumatkan, atau dicincang.
Ikan, daging, ayam, 2-4 sendok makan, dilumatkan atau dicincang.
Kentang, nasi, 4-5 sendok makan, dilumatkan atau dicincang.

Usia 12 bulan
Bubur susu 4 sendok makan, dua kali sehari.
Sayuran 3-4 sendok makan, dicincang kasar.
Buah 3-4 sendok makan, dicincang.
Ikan, daging, ayam, 3-4 sendok makan, dicincang.
Kentang, nasi, 2-3 sendok makan, dicincang atau sedikit dihancurkan.


Sunday, October 16, 2011

mani dan haid - Tugas ibu bapa jelaskan kepada anak




Pernahkah anda bercerita tentang baligh dengan anak-anak anda?

Adakah anda pernah berbicara dengannya soal tanda-tanda baligh? Tentang mimpi basah dan tentang mandi wajib?

Pernah anda menguji pengetahuannya tentang air mani dan air mazi?

Mungkin anda pernah, mungkin juga tidak. Jika tidak, kenapa?

Sedarkah anda bahawa hari ini, terdapat ramai anak-anak remaja yang masih jahil tentang hukum berkaitan baligh. Ada yang sudah berumur 17 atau 18 tahun tetapi masih buta dalam soal hadas besar dan baligh.

Berapa ramai remaja lelaki yang berkali-kali bermimpi basah, tetapi tidak tahu apa yang wajib dilakukan. Berapa ramai pula anak-anak perempuan yang datang haid, tapi tak tahu cara menyucikan diri bila haidnya selesai. Mereka tidak tahu cara untuk mandi wajib.

Malah, tidak pernah pun mandi wajib!

Segala ibadat yang dilakukan selama ini rupa-rupanya dosa yang bertimpa-timpa. Segala-galanya dilakukan dalam keadaan kotor dan berhadas. Bertahun-tahun menghimpun dosa.

Siapa pihak pertama yang wajar dipersoalkan oleh Allah nanti. Siapa yang bertanggungjawab di hadapan Allah nanti. Tentulah yang paling hampir ialah ibu bapanya sendiri.

Ustazah tak cakap!

Tidak dinafikan bahawa persoalan di sekitar baligh merupakan perkara yang agak malu untuk dibicarakan. Ramai yang terasa janggal untuk membuka mulut bercakap soal ini kepada anak-anak. Ramai yang memilih untuk membiarkan anak memahami perkara itu melalui orang lain.

Tidak kurang yang meletakkan harapan sepenuhnya kepada guru untuk menjelaskan segala-galanya. Sebahagian pula langsung tidak kisah, dan berharap agar anak itu tahu sendiri bila besar nanti.

Hakikatnya amanah Allah ke atas ibu bapa tidak terlepas semata-mata dengan menghantar anak-anak ke sekolah. Dengan sistem pendidikan hari ini, ruang masa untuk pendedahan hukum hakam soal baligh amat terhad.

Tambahan pula tidak semua ustazah dan ustaz yang sudi bercerita soal ini tengan telus dan terang. Tak kurang juga ustazah yang malu-malu untuk bercerita soal yang sensitif ini. Kalau diterangkan sekali pun belum tentu anak-anak kita dapat benar-benar menghayatinya untuk diterjemahkan ke alam realiti.

Hari ini anak-anak muda amat senang terdedah dengan paparan berunsur seks. Mereka dapat akses dengan pelbagai gambar, video, cerita, rencana dan segala bahan tentang seks dan jantina dengan mudah, murah dan merata-rata.

Kemudahan telefon bimbit, internet dan lain-lain membuka seluas-luasnya ruang maklumat tentang seks. Sesama remaja mereka juga begitu ke hadapan berbicara soal-soal ini. Namun sejauh manakah mereka terdedah dengan hukum-hakam berkaitan seks?

Amat malang sekali, ketika mereka begitu hebat menguasai maklumat tentang seks, mereka begitu tercorot dalam memiliki ilmu dan kesedaran agama berkaitan dengan seks ini.

Ikut cara Nabi (SAW) dan para sahabat

Oleh yang demikian, ibu bapa hari ini tidak boleh lengah lagi. Zaman kini bukan seperti zaman ibu bapa menjadi anak-anak dulu. Dulu kebanyakan ibu bapa mengunci mulut dalam soal seks, termasuk tentang baligh, mani dan haid. Bercakap tentangnya dianggap kurang sopan dan lucah.

Tanggapan ini agak tempang.

Tidak dinafikan, bercakap soal ini agak sensitif, dan mengaibkan. Namun demi kerana ilmu, kebenaran dan akhlak anak-anak, ibu bapa perlu kesampingkan rasa malu itu. Ikutlah cara Nabi Muhammad (SAW) dan para sahabat yang berbicara soal ini pada saat dan waktu yang memerlukan.

Misalannya dalam kisah yang dicatat dalam satu Hadith yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad, Ibnu Majah dan Al-Tarmizi, bahawa Sayyidina Ali k.w. berkata: Aku adalah seorang yang mazza’ (iaitu seorang yang sering keluar air mazi dari zakar), maka aku pun bertanya kepada Nabi (SAW) tentangnya, maka jawab Baginda:

“Kalau mazi cukup dengan wudhu’, dan kalau mani mestilah mandi.” Dalam riwayat lain, Baginda menjawab: “Jika engkau memancutkan air (mani), maka mandilah dari janabah. Jika tidak memancutkan, tidak perlu mandi.”

Sebenarnya banyak lagi kisah seumpama ini yang membuktikan ketelusan Baginda SAW dan para sahabat dalam mendalami ilmu dan mencari kebenaran. Maka amat wajar bagi ibu bapa bertindak menjadi pembicara yang dapat menerangkan kepada anak-anak tentang soal yang penting ini.

Semak pengetahuan anak

Oleh kerana anak-anak mungkin telah mempelajar ilmu ini dari ustazah atau ustaz di sekolah maka wajar ibu dan ayah menyemak pengetahuan mereka tentang baligh, tanda-tandanya dan bagaimana melaksanakan kewajipan dan larangan berkaitan dengannya. Jika mereka kelihatan tidak tahu atau keliru, maka wajib kepada ibu bapa menjelaskan satu-persatu tentang hukum baligh ini.

Berikut adalah beberapa dasar penting yang perlu diambil perhatian. Perinciannya perlu dirujuk dalam buku-buku fikah yang muktabar. Antara perkara yang dimaksudkan ialah:

1. Hakikat bahawa baligh itu sempadan dosa dan pahala. Pastikan anak anda benar-benar faham maksud ‘taklif’, ‘mukallaf’ dan juga ‘baligh’ dan apa kaitan kedua-duanya dengan dosa dan pahala, serta syurga dan neraka.

2. Tanda-tanda baligh antaranya ialah apabila anak itu bermimpi sesuatu yang merangsang naluri seks, dan mendapati tanda-tanda basah pada pakaian bila terjaga.

3. Perlu juga anak-anak mengetahui perbezaan antara air mazi dan air mani. Beza dari sudut bila kedua-dua jenis air itu keluar dari kemaluan dan bagaimana untuk bersuci dari kedua-duanya.

4. Bagi yang bermimpi dan basah ini, wajib mandi untuk menyucikan diri dari hadas besar. Mandi wajib ada kaedah dan caranya tersendiri. Apa yang penting niat yang nyata dan air yang suci diratakan di seluruh badan.

5. Bagi anak perempuan, tanda baligh mungkin juga bermula dengan keluar darah haid.

6. Bagi anak perempuan yang dalam haid, terdapat larangan-larangan tertentu yang perlu diperhatikan. Ibu terutamanya perlu memastikan anak-anak gadis memahami batas-batas agama ini. Juga perlu dijelaskan bagaimana untuk menentukan samada dia sudah suci daripada haid, dan bila dia wajib mandi hadas.

Baligh pada hari jadi?

Demikianlah perkara-perkara berkaitan soal baligh yang perlu dijelaskan kepada anak-anak agar mereka tidak teraba-raba mencari pedoman beribadah. Ibu bapa yang soleh dan bertaqwa sewajibnya tidak malu untuk menjadi penyampai kepada anak-anak tentang soal ini. Kenapa Allah mengaitkan soal baligh dan mukallaf ini dengan sesuatu yang memalukan dan mengaibkan? Kenapa perlu dikaitkan baligh dengan sesuatu yang keluar dari kemaluan? Kenapa Allah tidak tetapkan baligh itu berdasarkan kaedah lain? Kalau mahu mudah misalnya, Allah boleh tetapkan sahaja baligh itu dengan kiraan umur seperti 10 tahun atau 12 tahun.

Hakikatnya, semua ketentuan Allah ini ada hikmah tersendiri. Allah mahu soal kehormatan, soal keturunan, soal maruah dan harga diri diselarikan dengan landasan syariat. Allah juga mahukan agar ilmu berkaitan jantina dan seks tidak dipisahkan daripada soal dosa pahala. Biar agama yang memandu segala-galanya. Bahkan, inilah aspek indah dalam pendidikan seks dalam Islam. Mendidik anak-anak agar mengenali, dirinya, fizikalnya, perkembangan biologinya dan perubahan jiwanya sesuai dengan fitrah insani.

Selain itu, ibu bapa yang sudi berkongsi dengan anak-anak tentang ilmu berkaitan baligh ini, akan dipandang oleh anaknya sebagai seorang ibu atau bapa yang penyayang, memahami, dan senang dibawa berbincang. Jika anak itu mempunyai masalah yang agak peribadi sekalipun, dia tidak akan berasa kekok untuk berterus-terang dengan anaknya. Bahkan suatu hari nanti, dia tidak sulit untuk mendedahkan perasan hatinya termasuk dalam soal cinta. Sebaliknya, anak-anak tentunya akan sukar untuk terbuka jika ibu bapa terlalu berahsia dan enggan bercakap tentang soal baligh.

Ringkasnya, peranan ibu bapa hari ini makin mencabar. Zaman maklumat cepat sepantas kilat dan terbuka seluas lautan, memerlukan ketangkasan, keberanian dan keterbukaan ibu bapa untuk menghadapinya. Bicaralah dengan anak-anak tentang soal persediaan untuk baligh, serta tanggungjawab yang melingkarinya. Insyaallah kesungguhan ibu bapa untuk mendidik anak dalam kepayahan akan mebalas oleh Allah SWT.

Selamat berbicara dengan anak-anak!

sumber :http://www.gilerkentang.com

kanak-kanak suka meniru perlakuan orang dewasa

Kanak-kanak mudah meniru apa saja perlakuan di sekitarnya.Dan contoh yang terdekat adalah ibu bapa.Jika baik tauladan yang kita tunjukkan baik maka baiklah anak kita,jika sebaliknya maka jadi lah 'bapak borek anak rintik'.mari lah kita berusaha menunjukkan nilai2 yang baik untuk anak kita..


Friday, October 14, 2011

kemuliaan ibu megandung




1. Dua rakaat solat wanita yang hamil lebih baik dari 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.

2. Wanita yang hamil dapat pahala puasa disiang hari & pahala ibadat dimalam hari.

3. Wanita yang bersalin dapat pahala 70 thn solat & puasa serta setiap kesakitan pada satu uratnya, Allah bagi satu pahala haji.

4. Sekiranya wanita meninggal dunia dalam masa 40 hari selepas bersalin ia dikira sebagai mati syahid. …

5. Wanita yang beri minum susu badannya kepad anaknya akan dapat 1 pahala daripada tiap titik susu yang diberikannya.

6. Wanita yang beri minum susu badannya kepad anaknya yang menangis maka Allah beri pahala satu tahun pahala solat & puasa.

7. Kalau wanita menyusui anaknya hingga cukup tempoh 2 setengah tahun, maka malaikat dilangit khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.

8. Seorang ibu yang menghabiskan masa malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit dapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.

9. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anaknya yang sakit akan di ampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya & bila dia hiburkan hati anaknya Allah beri 12 tahun pahala ibadat

Anak-anak adalah amanah dari ALLAH s.w.t. dan ianya sebahagian dari ujian ALLAH s.w.t. kepada kita hamba-hambaNYA. Firman ALLAH s.w.t. : ” Harta benda dan anak-anak kamu hanyalah menjadi ujian dan di sisi ALLAH ada pahala yang besar.? ” (Al-Quran Surah At-Taghabun, 64 : 15)

Sebagai ujian, ianya akan dipertanggungjawabkan. Orang yang malang ialah orang yang mempunyai ramai anak tetapi anak-anaknya tidak membawa kebaikan kepadanya di akhirat.

Rasulullah SAW diberitakan telah bersabda :
“Tahukah engkau siapakah orang yang mandul.? Berkata para sahabat : Orang yang mandul ialah orang yang tidak mempunyai anak. Lalu Rasulullah SAW berkata Orang yang mandul itu ialah orang yang mempunyai ramai anak tetapi anak-anaknya itu tidak memberi kemanfaatan kepadanya sesudah ia meninggal dunia.

(Maksud Al-Hadith )

sumber :http://www.informasi.my

Wednesday, October 12, 2011

Bagaimana mencari memantu untuk anak dan anak didik

Jika saatnya tiba, kita akan melakukan pekerjaan ini: mencari. Mencari menantu untuk menjadi pendamping anak kita, memilihkan yang terbaik untuknya. Bukan hanya untuk anak kandung kita. Kita juga dituntut untuk (membantu) mencari menantu untuk anak didik kita. Di sinilah salah satu peran pembina sebagai walid(orang tua).

Sebagai orang tua, tentu kita menginginkan yang terbaik untuk anak (didik) kita. Kita ingin keluarga yang dibangun anak-anak kita menjadi keluarga yang sakinah mawaddah wa rahmah. Kita juga menginginkan keluarga mereka adalah keluarga dakwah; dimulai dari pembentukan usrah muslimah (keluarga islami) yang menjadi teladan bagi keluarga di kanan kiri hingga mempengaruhi masyarakat menjadi islami.

Dalam kerangka tujuan itu, pertimbangan pertama mencari menantu adalah pertimbangan iman; agamanya! Tidak ada toleransi bagi kita untuk memilih calon menantu dari luar Din yang benar ini.

"Dan janganlah kamu menikahi wanita-wanita musyrik, sebelum mereka beriman. Sesungguhnya wanita budak yang mukmin lebih baik dari wanita musyrik, walaupun dia menarik hatimu. Dan janganlah kamu menikahkan orang-orang musyrik (dengan wanita-wanita mukmin) sebelum mereka beriman. Sesungguhnya budak yang mukmin lebih baik dari orang musyrik, walaupun dia menarik hatimu..." (QS. Al-Baqarah : 221)

Rasulullah SAW juga menunjukkan betapa agama harus menjadi pertimbangan pertama melebihi pertimbangan lainnya:

Wanita itu dinikahi karena empat hal : karena hartanya, karena keturunannya, karena kecantikannya dan karena agamanya. Maka pilihlah wanita yang beragama, (jika tidak) maka celakalah kamu”. (HR. Jamaah kecuali Tirmidzi)

Bagaimana orang tua bisa "memastikan" calon menantunya memiliki kualitas agama yang baik? Umar bin Khattab pernah mencontohkan untuk kita.


Malam itu, seperti malam-malam sebelumnya, Umar bin Khatab berkeliling untuk memperhatikan sendiri keadaan rakyatnya. Tanpa sengaja, terdengarlah olehnya percakapan antara ibu dan anak perempuannya dari sebuah rumah.

“Nak, campurkanlah susu ini dengan air,” kata sang ibu bermaksud mendapat keuntungan lebih besar. “Jangan ibu. Amirul mukminin sudah membuat peraturan untuk tidak menjual susu yang dicampur air,” jawab sang anak.

“Tapi banyak orang melakukannya Nak, campurlah sedikit saja. Toh Amirul Mukminin tidak mengetahuinya,” sang ibu mencoba meyakinkan anaknya. “Ibu... Amirul Mukminin mungkin tidak mengetahuinya, tapi, Allah pasti mengetahuinya,” tegas si anak menolak.

Mendengar percakapan ini, menangislah Umar bin Khattab. Terpesona dengan keimanan gadis itu, ia pun memilihkannya untuk menjadi pendamping putranya, Ashim bin Umar bin Khattab.

Dari mereka berdua lahirlah Laila yang dikenal dengan nama Umu Ashim. Setelah Umu Ashim menikah dengan Abdul Aziz bin Marwan, dari keduanya lahirlan Umar bin Abdul Aziz; pemimpin fenomenal pada zaman kekhilafahan Bani Umayyah yang oleh sebagian ulama dimasukkan dalamkhulafa'ur rasyidin.

Dalam kesendirian, ketika seseorang merasa tidak ada orang lain yang memperhatikan, tidak ada orang lain yang mendengar, maka ucapan dan perbuatannya bukanlah rekayasa atau pura-pura. Itu asli. Dan dari dialog itu kesimpulan Umar tidak meleset. Ia tepat untuk putranya.

Cara kedua mengetahui kualitas agama calon menantu adalah melihat kebiasaannya. Kebiasaan dalam waktu yang sangat lama. Sa'id bin Musayyab adalah salah seorang tabi'in yang mencontohkan memilih menantu dengan cara ini.

Suatu hari, Abdul Malik bin Marwan melamar putrinya untuk putra mahkota Walid bin Abdul Malik. Sa'id bin Musayyab tidak silau oleh harta dan jabatan, ia menolak lamaran itu karena alasan agama.

Dalam waktu yang tidak lama, salah seorang santrinya ditinggal mati oleh istrinya. Nama santri itu Kutsayyir bin Abi Wada’ah. "Apakah engkau tidak ingin menikah?," tanya Sa'id bin Musayyab kepada santrinya itu. "Siapakah yang mau dengan aku, wahai Syaikh?" jawab Kutsayyir ragu untuk segera menikah lagi di tengah kemiskinannya. Namun Sa'id bin Musayyab dengan mantab memilihnya menjadi menantu, hanya dengan mas kawin dua dirham.

Cara ketiga adalah dengan mengamati siapa temannya. Jika teman-temannya adalah komunitas yang shalih, maka kita bisa menanyakan bagaimana kualitas calon menantu itu dari mereka.

Setelah keimanannya tidak diragukan, berikutnya adalah faktor harmony; yang dengannya sakinahbisa lebih memungkinkan dibangun dalam hari-hari panjang berkeluarga. Harmony tidak selalu harus sama; seperti nada yang berbeda namun ketika dipadukan menghasilkan musik yang merdu, atau dua warna membentuk gradasi yang indah.

Di sini orang tua bisa menggunakan "feeling" dan "firasat" nya. Semakin berpengalaman orang tua memilihkan untuk anak-anak (didik) nya, semakin terasah ia memprediksikan harmony antar keduanya, meskipun hanya sekilas tahu sosok calon menantunya. Tidak selamanya tepat memang. Sebab harmony ditentukan oleh banyak faktor yang tidak selalu sama; karakter atau kepribadian antara keduanya, tingkat intelektual, lingkungan atau latar belakang keluarga, usia hingga fisiknya.

Harmony yang kita firasatkan dapat diketahui kebenarannya jika pada saat ta'aruf anak (didik) kita dengan jujur mengatakan persetuannya, tidak ada keberatan. Jika hati menolak karena ketidakterpautan jiwa, pernikahan bisa menjadi berbahaya. Hadits Ibnu Abbas mengajarkan kepada kita.

Dari Ibnu Abbas RA, bahwasannya istri Qais bin Tsabit datang kepada Nabi SAW dan berkata: “Ya Rasulullah, Tsabit bin Qais, aku tidak mencela agama dan akhlaknya, akan tetapi aku tidak ingin kafir (karena durhaka pada suami) setelah aku masuk Islam.” Maka Rasulullah SAW bersabda: “Apakah kamu bersedia mengembalikan kebunnya (yang ia berikan sebagai mahar)?.” Dia menjawab: “Ya”. Maka Nabi bersabda (kepada Qais): “Terimalah kebun itu dan ceraikanlah ia dengan thalaq satu”. (HR. Bukhari)

Keterpautan jiwa seperti itu perlu dimiliki oleh kedua insan yang akan melangsungkan pernikahan. Adapun cinta yang lebih dalam, ia akan berkembang sejalan dengan hari-hari yang dilalui bersama oleh keduanya kelak. Jika hadits Istri Qais mengajarkan ketiadaan rasa suka bisa menyiksa jiwa dan mengakhiri ikatan rumah tangga, sesungguhnya pernikahan memerlukan modal awal kimia jiwa itu; sebagai tunas cinta yang akan menjulang mengangkasa. "Jauh sebelum cinta menjelma menjadi pertemuan dua fisik," kata Anis Matta dalam Serial Cinta, "ia terlebih dahulu bertaut di alam jiwa. Jika ada pertemuan fisik yang tidak didahului oleh pertemuan jiwa itu bukanlah cinta."

Menentukan berdasarkan "firasat" harmony juga kebijaksanaan tersendiri bagi seorang pembina. Seorang pembina mendapati mad'unya ketika mengajukan "proposal" mengatakan: "Terserah antum, yang antum pilihkan insya Allah yang terbaik buat ana." Namun pembina itu telah belajar dari proses-proses sebelumnya. Maka, biidnillah, pilihan-pilihannya selalu diamini oleh mad'u-mad'unya. Dan mereka kini telah mengayuh bahtera, seraya mengutip judul buku Asma Nadia: "sakinah bersamamu." Wallaahu a'lam bish shawab. [Muchlisin]

adik muhd firdaus mangsa dera

Al Fatihah buat adik mohd firdaus (6 tahun)..semoga dicucuri Rahmat dan bahagia di Sana..Amiin.

ALOR GAJAH - Kematian seorang kanak-kanak lelaki berumur 6 tahun petang kelmarin, membongkar kekejaman bapa tirinya berusia 37 tahun yang dipercayai sering mendera mangsa sejak beberapa bulan lalu.

Dalam kejadian kira-kira jam 4.30 petang kelmarin, mangsa, Mohd Firdaus Mat Dan dihantar ke Hospital Alor Gajah oleh bapa tirinya sendiri dalam keadaan ‘nyawa-nyawa ikan’ sebelum disahkan meninggal dunia.

Hasil bedah siasat mendapati kanak-kanak malang itu meninggal dunia akibat kecederaan pada paru-parunya, dipercayai dipukul dengan benda tumpul.

Ibu mangsa berusia 41 tahun yang ditemui di pekarangan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Alor Gajah malam kelmarin berkata, dia tidak mengetahui kejadian menimpa anak bongsu daripada enam beradik itu, hasil perkahwinan pertamanya.

“Suami membawa adik (Mohd Firdaus) keluar bersamanya ketika pergi kerja pada pagi kejadian tetapi tidak membawanya pulang apabila dia kembali ke rumah.

“Saya tanya di mana adik dan suami kata, dia hantar adik ke hospital. Sebaik sahaja saya tiba di hospital, saya hanya dapat melihat tubuh adik yang kaku kerana dia sudah meninggal dunia,” katanya yang masih berpantang kerana baru 10 hari melahirkan anak ketujuh.


Anak bongsu selalu diasing suami

Menurutnya, dia mula menjaga mangsa sejak lima bulan lalu di sebuah rumah sewa di Padang Sebang.

“Bagaimanapun, sepan­jang tempoh berkenaan saya sering perhatikan suami selalu mengasingkan anak bongsu saya daripada bercampur dengan adik-beradik lain termasuk saya.

“Sejak sebulan lalu, saya lihat sifat ceria dan gembira adik semakin menghilang, malah hampir setiap hari suami membawa adik ke mana sahaja dia pergi, tanpa mengira siang ataupun malam. Saya pula memang tidak mencurigai perbuatannya,” katanya.

Bagaimanapun katanya, sebelum ini dia pernah mendengar anaknya itu menjerit kesakitan ketika sedang mandi bersama suaminya.

“Ketika itu, pintu bilik air berkunci dan ketika dibuka, saya lihat adik dalam keadaan lemah terduduk dan tersandar di dinding.

“Saya tanya suami kenapa dia kerap pukul adik dan dia memberikan pelbagai alasan, antaranya dia berang kerana adik selalu buang air besar dalam seluar,” katanya.

Menurutnya, sepanjang perkahwinan kali keduanya ini, suami tidak pernah mengasarinya tetapi tidak tahu kenapa adik pula sering menjadi sasaran.

“Saya tidak tahu apa salah dan dosa adik sehingga diperlakukan sebegini,” katanya.
Tidak berpeluang rapati adik.

Sementara itu, abang mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Hisham, 20, berkata, dia tidak berpeluang merapati adik bongsunya itu dan terkejut dia menjadi mangsa deraan bapa tiri.

“Susah nak lihat adik tidak berbaju kerana setiap kali lepas mandi, adik keluar sudah lengkap berpakaian.

“Sebelum ini pernah juga lihat ada kesan luka dan lebam tetapi adik jawab, disebabkan terjatuh dan terlanggar sesuatu,” katanya.

Menurutnya, adiknya tidak pernah mengadu sakit dan dia juga tidak pernah diberikan peluang tidur bersama Mohd Firdaus.

“Selama ini, bapa tiri tak pernah menunjukkan sikap marah dan memang nampak tiada apa-apa berlaku di rumah,” katanya kepada Sinar Harian di pekarangan bilik mayat Hospital Melaka, semalam.

Nenek mangsa, Tumirah Mis, 58, berkata, sudah hampir setahun dia tidak bertemu anak perempuannya itu sejak berkahwin baru.

“Makcik yang jaga Mohd Firdaus sebelum diambil lima bulan lalu untuk tinggal bersama ibunya,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Umar Ali Saifuddin Shaharudin berkata, suspek yang ditahan polis di luar Hospital Alor Gajah pada petang kejadian, kini ditahan reman tujuh hari bermula semalam untuk membantu siasatan.

“Polis masih menjalankan siasatan. Dipercayai ada unsur penderaan sehingga mengakibatkan kanak-kanak itu maut dan kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan

sumber : sinar harian

Monday, October 10, 2011

Petua memudahkan bersalin




Petua Memudahkan Bersalin.
a) Amalkan baca Surah Yassin disertai niat dan doa sepanjang tempoh
kehamilan.

b) Hampir bersalin amalkan zikrullah Tasbih Nabi Yunus..

c) Amalkan minum air lebihan suami.

d) Amalkan meminum air basuhan rambut/hujungnya ketika mandi

e) Amalkan makan buah kurma sepanjang tempuh kehamilan ia membantu memberi tenaga, sumber kalsium dan melembutkan otot rahim dan seangkatannya/ memudahkan laluan bayi/selain turut berperanan memperhaluskan nurani bayi disertai zikir/selawat.

f) Minum air kelapa di hujung kehamilan membantu membersihkan bayi.

sumber :ensiklopedia petua melayu lama

Sunday, October 9, 2011

Mendidik anak mengikut cara Luqman al-Hakim


Perkara yang diberikan penekanan oleh Luqman al-Hakim dalam mendidik anak-anaknya :

  1. Jangan syirik kepada Allah
  2. Hendaklah bersyukur kepada Allah
  3. Mengenang jasa ibu bapa
  4. mencegah anak taat kepada ibu bapa yang menyuruh ke arah maksiat
  5. mengikut jalan orang yang beriman jangan mengikuti orang yang dilaknati Allah
  6. mengambil berat urusan hari qiamat,qadha dan qadar serta pembalasan
  7. meneangkan tentang pengetahuan Allah yang sempurna melebihi manusia
  8. menyuruh anak mengerjakan solat
  9. menyuruh anak melakukan amal makruf nahi munkar
  10. bersabar menerima musibah sesuatu yang tidak disukai
  11. Jangan sombong diri
  12. Jangan berjalan dengan so,mong dan angkuh di bumi Allah
  13. Besederhana ketika berjalan,tidak terlalu lembab atau cepat
  14. Merendahkan suara apabila bercakap

Monday, October 3, 2011

Campak bayi dalam longkang

SELAYANG – Bayi sendiri diperlakukan bagaikan sampah apabila seorang gadis berusia 19 tahun tergamak mencampak bayi yang baru dilahirkan ke dalam longkang dari tingkat dua Flat Taman Selayang Segar 2, Selayang Baru di sini semalam.

Mayat bayi perempuan malang itu ditemui oleh seorang lelaki pada pukul 7 pagi yang kebetulan melalui kawasan itu.

Ibu bayi itu yang mendakwa panik sebaik melahirkan anak di dalam tandas bertindak mencampak bayinya ke dalam longkang menerusi tingkap.

Ketika ditemui, bayi yang dalam keadaan bogel dan mempunyai kesan cedera di kepala itu berada dalam keadaan tertiarap di dalam longkang berkenaan.

Bayi yang cukup sifat itu dipercayai baru dilahirkan kerana masih mempunyai tali pusat.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah berkata, susulan penemuan mayat bayi dalam keadaan menyayat hati itu, polis menahan seorang gadis berusia 19 tahun yang tinggal di flat tersebut.

Menurut beliau, gadis itu belum berkahwin dan polis mengesyaki dia mengandung angkara hubungan sulit dengan teman lelakinya.

“Suspek yang bekerja sebagai pelayan restoran itu mengaku melahirkan bayi berkenaan di dalam tandas rumahnya pada pukul 4 pagi ini (semalam).

“Suspek mendakwa ketika dilahirkan, bayi terbabit sudah tidak bernyawa menyebabkan dia membuang anaknya itu ke dalam longkang,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.

sumber : kosmo

Saturday, October 1, 2011

kelalaian dalam mendidik anak-anak


Anak-anak adalah amanah dari Allah SWT dan Ia sebahagian dari ujian Allah SWT kepada kita hamba-hambaNYA. Firman Allah SWT : "Harta benda dan anak-anak kamu hanyalah menjadi ujian dan di sisi Allah ada pahala yang besar." (QS. At-Taghabun, 64 : 15)

Sebagai ujian, Ia akan dipertanggungjawabkan. Orang yang malang ialah orang yang mempunyai banyak anak tetapi anak-anaknya tidak membawa kebaikan kepadanya di akhirat.

Rasulullah SAW diberitakan telah bersabda : "Tahukah engkau siapakah orang yang mandul?

Berkata para sahabat : "Orang yang mandul ialah orang yang tidak mempunyai anak."

Lalu Rasulullah SAW berkata "Orang yang mandul itu ialah orang yang mempunyai banyak anak tetapi anak-anaknya itu tidak memberi manfaat kepadanya sesudah ia meninggal dunia."

Maksud Al-Hadits, ini mungkin disebabkan beberapa kelalaian dalam mendidik anak-anak.

Kelalaian pertama : Kurang berdoaA. Kurang berdoa semasa mengandung.Doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa mengandung ialah :- Saidul (penghulu) Istighfar- Doa memohon rahmat (QS. Ali Imran, 3 : 8-9)- Doa memohon zuriat yang baik (QS. Ali Imran, 3 : 38)- Doa agar anak mengerjakan solat (QS. Ibrahim, 14 : 40-41)

B. Kurang berdoa semasa membesarkan anak.Doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa anak membesar ialah :- Doa agar anak patuh kepada Allah SWT (QS. Al-Baqarah, 2 : 128)- Doa diberi zuriat yang menyejukkan hati (QS. Al-Furqan, 25 : 74)- Doa supaya nama anak membawa kebaikan kepadanya.

Kelalaian kedua : Banyak memberi ajaran tarhib (menakutkan) daripada targhib (dorongan atau motivasi)Ajaran tarhib antara lain seperti :- menakutkan anak-anak dengan sekolah.- menakutkan dengan tempat gelap.- menakutkan dengan hutan rimba atau bukit bukau.- menggunakan kekerasan dan paksaan waktu menyuruh anak tidur.

Kelalaian ketiga : Tidak tegas dalam mendidik anak-anak.- tidak menjadualkan kegiatan harian anak-anak- terlalu memfokuskan anak-anak kepada sesuatu aktiviti saja tanpa mengerti perasaan mereka.

Kelalaian keempat : Menegur anak secara negatif.- mengeluarkan kata-kata kasar dan makian kepada anak-anak (terutama sewaktu marah).- membandingkan anak-anak dengan anak-anak lain.

Kelalaian kelima : Memberi didikan yang tidak seimbang antara jasmani, rohani dan intelektual. Pendidikan intelektual lebih dipentingkan daripada pendidikan rohani. Apabila diberikan pendidikan rohani, pendidikan intelektual biasanya diberikan porsi yang lebih besar. Sehingga tidak terjadi keseimbangan.

Kelalaian keenam : Kurang memberi sentuhan kepada semua anak-anak. Rasulullah kerap dilihat mendukung cucu-cucunya dan mencium mereka. Diriwayatkan oleh Aisyah r.a. : 'Pada suatu hari Rasulullah SAW mencium Al-Hassan atau Al-Hussein bin Ali ra. Ketika itu Aqra bin Habis At-Tamimiy sedang berada di rumah baginda.

Berkata Aqra : "Ya Rasulullah! Aku mempunyai sepuluh orang anak, tetapi aku belum pernah mencium seorang pun dari mereka."

Rasulullah melihat kepada Aqra kemudian berkata : "Siapa yang tidak mengasihi tidak akan dikasihi."' (Al-Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)

Kelalaian ketujuh : Penampilan diri yang kurang anggun dan kurang baik.Orang tua tidak menunjukkan cara berpakaian yang baik dan sesuai syara bila berada di rumah, iaitu berpakaian secara seenaknya atau berpakaian seksi di hadapan anak-anak.

Kelalaian kelapan : Susunan rumah tangga yang tidak baik.Ini mengakibatkan anak-anak terikut-ikut dengan cara salah seorang dari ibu bapaknya.

Kelalaian kesembilan : Membolehkan orang yang tidak baik perilaku, kesopanan, dan ahlaknya masuk ke dalam rumah kita, baik dari kalangan sahabat sendiri ataupun sahabat anak-anak.Apabila kelalaian ini terjadi, maka akan memberikan contoh yang tidak baik kepada anak-anak yang sedang dalam pertumbuhan.

Kelalaian kesepuluh : Kurang mengawasi rancangan-rancangan yang ditonton di TV ataupun video.Pengawasan dalam hal ini adalah penting kerana kebanyakan rancangan dari media ini menonjolkan akhlak yang kurang baik seperti pergaulan bebas lelaki dan perempuan, pakaian yang tidak menepati syara' dan perbualan yang dapat merosak aqidah dan pemikiran anak-anak.

Kelalaian kesebelas : Terlalu bergantung kepada pembantu rumah untuk mendidik anak-anak.Sebagai ibu bapa kitalah yang akan diminta pertanggungjawaban di akhirat kelak akan anak-anak ini. Oleh itu adalah menjadi satu kepentingan kita untuk berusaha memastikan anak-anak terdidik dengan didikan Islam.