Thursday, September 29, 2011

kaedah mendidik anak mengikut tahap umur


Rasulullah s.a.w. telah menggariskan empat tahap mendidik anak iaitu:


Tahap 1: Anak yang baru lahir sehingga mumayyiz (6 tahun ) hendakkah kita banyak bergurau dan membelai mereka dengan penuh kasih sayang sebagaimana haiwan menjaga anak.

Tahap 2: Anak berumur 7 tahun sehingga baligh (14 tahun) hendaklah kita mendidik mereka dengan arahan, disiplin dan beri tanggungjawab.

Tahap 3: Anak berumur 15 tahun hingga dewasa (21 tahun ) hendaklah dididik dengan cara berkawan, bertukar pendapat dan hormati pendapat mereka selagi yang tidak bertentangan dengan syariat.

Tahap 4: Anak berumur lebih 21 tahun, hendaklah para ibu bapa memberikan kebebasan bertindak selagi tidak bertentangan dengan syariat. Ibu bapa hanya perlu bertindak sebagai penasihat agar segala tindakkan mereka terkawal.


1. Kaedah pesanan dan arahan - Pesanan dan arahan merupakan salah satu daripada kaedah yang disarankan oleh Rasulullah S. A.W. Anak-anak hendaklah dididik dengan dipesankan sesuatu terlebih dahulu. Lihat bagaimana reaksi mereka, apakah mereka boleh melakukannya hanya selepas sekali pesanan. Jika tidak berkesan maka hendaklah dipesan berulang kali tanpa merasa jemu dan bosan. Menurut pandangan pakar pendidikan kanak-kanak, anak yang pintar perlu diberi nasihat dan pesanan 200 kali tanpa bosan supaya mereka benar-benar memahami pesanan itu dan dapat bertindak dengan baik.


Antara Bentuk Pesanan dan Arahan kepada Anak-anak :

• Mengenai solat di awal waktu

• Adab dengan orang tua-tua

• Adab dengan guru

• Adab dengan kawan-kawan

• Tugas harian di rumah

• Mengemas bilik sendiri termasuk meja belajar.

• Tatacara makan mengikut sunnah nabi

• Cara belajar yang berkesan

• Ingat sentiasa menutup aurat apabila keluar dari rumah

• Keselamatan jalan raya

• Tanggungjawab melindungi adik-adik.


2. Kaedah Bercerita - Kaedah bercerita menguatkan hubungan anak-anak dengan ibu bapa terutamanya kisah-kisah teladan daripada Al-Quran, kisah nabi dan sebagainya. Tujuan bercerita ialah untuk mendidik anak-anak secara tidak langsung melalui pemahamam minda bawah sedar mereka, menyampaikan maklumat dan menyerapkan pengajaran yang boleh dicungkil daripada cerita tersebut, mengerat dan merapatkan hubungan anak dan ibu bapa, anak-anak boleh menggambarkan di minda mereka dengan lebih jelas dan ini lebih berkesan bergantung kepada kemahiran pencerita.


3. Kaedah Soal Jawab - Bersoal jawab dengan anak akan menggerakkan minda mereka. Ibu bapa yang cemerlang hendaklah sentiasa bersoal jawab dan mengambil tahu mengenai diri anak dan perkembangan aktiviti dan pembelajaran mereka. Kaedah ini hendaklah dilakukan secara berterusan dan tanpa mengira masa, keadaan dan tempat seperti ketika dalam perjalanan, di rumah, waktu makan dan sebagainya.

Ibu bapa hendaklah berusaha menjawab semua persoalan. Seandainya ibu bapa tidak tahu atau tidak pasti jawapan kepada soalan anak, jangan teragak-agak atau enggan untuk mengaku tidak tahu. Ibu bapa hendaklah memberi penjelasan atau jawapan kepada persoalan yang ditanya oleh anak daripada orang yang mahir dalam bidangnya.

Anak-anak kecil lazimnya suka bertanya soalan yang bertubi-tubi. Ramai ibu bapa yang tidak mengambil peduli keletah anak-anak ini. Tabiat ini tidak sewajarnya menjadi amalan ibu bapa kerana tabiat anak-anak yang bertanya itu sudah menggambarkan pembangunan minda anak-anka yang cemerlang. Jika ditangani dengan baik anak itu mempunyai potensi yang tinggi untuk menjadi anak cemerlang.


4. Kaedah Merujuk Pengalaman Lalu - Pengalaman yang positif boleh dijadikan teladan, pengalaman yang negatif boleh dijadikan sempadan. Pengalaman ini elok dibuktikan dengan gambar, dokumen atau barangan peninggalan yang terlibat. Ini kerana pengalamna ini amat mudah untuk menjelaskan mesej yang ingin kita sampaikan dan mudah pula dijadikan iktibaroleh anak-anak. Pengalaman anak-anak itu juga penting. Kaitkan apa perlunay mereka berwaspada denagn peristiwa pahit yang telah mereka alami atau peristiwa manis dan kejayaan yang pernah mereka kecapi.

5. Kaedah Nasihat dan Teguran - Berilah nasihat dan teguran kepada anak-anak dalam hal akidah, ibadah, akhlak, tanggungjawab, kesihatan, suci hati dan erti kesusahan. Kaedah ini sangat penting dan ia berbeza dengan kaedah pesanan dan arahan. Ini kerana nasihat dan teguran tidak boleh dibuat setiap hari atau setiap masa kerana anak-anak akan mudah merasa jemu dan bosan. Ketika mendengar nasihat dan teguran daripada ibu bapa, anak hendaklah dilatih supaya memandang wajah kedua-duanya atau tunduk.


6. Kaedah Bermain dan Bergurau - Cuba tanya diri anda, berapa kerapkah anda bermain-main dan bergurau-gurau dengan anak-anak anda? Terdapat pelbagai kaedah untuk kita bergurau dengan anak-anak ketika sedang bermain, beriadah mahupun bersukan. Matlamat bergurau dengan anak-anak ialah untuk menggembirakan hati mereka.

Mengikut kajian psikologi, apabila anak berasa gembira dan disayangi, mereka akan menjadi anak yang berdisiplin dan berakhlak yang baik. Tetapi jangan pula bergurau melampau batas seperti bermain dan bergurau berlarutan sehingga meninggalkan ibadah wajib dan tugas yang lebih penting.

Bapa juga tidak manis bergurau atau bermain dengan anak perempuan yang telah meningkat dewasa. Begitu juga ibu tidak manis bermain dengan anak lelaki yang telah meningkat dewasa. Perlakuan tidak manis ini jika tidak diikat oleh iman yang kuat, sering berlarutan sehingga boleh menyebabkan berlakunya sumbang mahram.


7. Kaedah Latihan yang Berterusan - Anak yang cemerlang perlu dilatih secara praktikal dan berterusan. Kaedah ini juga disarankan oleh Rasullullah S.A.W. Anak kita memang cemerlang tetapi perlu dilatih secara praktikal dan berterusan. Kaedah latihan boleh dibahagikan kepada beberapa ciri diantaranya :-

a. Jantina

Ibu bapa hendaklah memberi tugas kepada anak-anak sesuai dengan jantinanya seperti tuga yang berat dan kasar diagihkan kepada anak lelaki manakala anak perempuan kepada kerja-kerja dalaman yang lebih ringan dan sesuai dengan watak keperempuanan mereka. Bagaimanapun tidak salah jika anak lelaki diajar dan diasuh melakukan pekerjaan yang sering dilakukan oleh orang perempuan seperti membasuh pakaian sendiri, menyidai pakaian, melipat pakaian, memasak, membasuh pinggan dan sebagainya.


b. Usia

Pengagihan tugas juga perlu diagihkan mengikut usia. Anak yang berusia di bawah enam tahun belum boleh diberi tanggungjawab yang serius. Tahap tanggungjawab boleh ditingkatkan apabila usia mereka meningkat dan mengikut kesesuaian waktu. Jangan lupa memberi pujian dan penghargaan kepada anak setelah mereka berjaya melakukan sesuatu pekerjaan itu. Namun jangan berlebihan kerana bimbang anak itu akan bersifat takbur.


sumber :

ENSAIKLOPEDIA-PETUA-MELAYU-LAMA


Wednesday, September 28, 2011

Amalkan memakan buah kurma

Sabda Rasulullah S.A.W.,
“Berilah makan buah kurma kepada isteri-isteri kamu yang hamil, kerana sekiranya wanita hamil itu memakan buah kurma, nescaya anak yang bakal dilahirkan itu menjadi anak yang penyabar, bersopan santun serta cerdas pemikirannya.”



Buah kurma tidak mengandungi gula yang merbahaya. Ia merupakan makanan Rasulullah S.A.W & mempunyai byk khasiat. Ibu yang hamil digalakkan memakan buah kurma, bagi memudahkan proses bersalin. Ia juga elok dimakan sepanjang tempoh berpantang bagi memudahkan proses pengecutan rahim.

Antara kelebihan dan kebaikan mengamalkan memakan buah kurma:
a) Kaya dengan zat besi – sesuai dimakan oleh wanita yg sdg dtg haid & mereka yg mengalami masalah anemia (kekurangan sel darah merah)

b) Tidak mengandungi kolestrol.

c) Kaya dgn protein (1.8 – 2%), serat (2-4%), glukosa (50-57%), Vitamin A dan C, sodium & potassium.

d) Potasium penting utk sistem saraf yg boleh merangsang daya ingatan, meningkatkan nafsu kelamin & meningkatkan sistem pertahanan badan. Berupaya mencegah dr barah payudara & rahim.

e) Kandungan gulanya mudah diserap badan & memberi tenaga segera apabila berbuka puasa.

f) Boleh diberikan kepada bayi bagi mengurangkan kesakitan.

g) Memudahkan proses bersalin & pengecutan rahim.

Monday, September 26, 2011

Doa memudahkan bersalin

Bismillahirrahmanirrahim..

Bagi ibu2 yang hamil eloklah mengamalkan doa ini selalu selepas solat dan memohon dimudahkan melahirkan anak dengan selamat.


maksudnya :Bertanyalah kepada mereka (yang musyrik itu): Siapakah Yang memberi rezeki kepada kamu dari langit dan bumi? Atau siapakah yang menguasai pendengaran dan penglihatan? Dan siapakah yang mengeluarkan makhluk yang hidup dari benda yang mati dan mengeluarkan benda yang mati dari makhluk yang hidup? Dan siapakah pula yang mentadbirkan urusan sekalian alam? (Dengan pertanyaan-pertanyaan itu) maka mereka (yang musyrik) tetap akan menjawab (mengakui) dengan berkata: Allah jualah yang menguasai segala-galanya! Oleh itu, katakanlah: (Jika kamu mengakui yang demikian), maka mengapa kamu tidak mahu bertakwa?


Thursday, September 22, 2011

Janin bayi sujud ketika dibacakan al-Quran

Dalam video ini seorang ibu hamil dibacakan ayat-ayat Al-Qur’an, dan selama proses pembacaan tersebut dipantau melalui alat USG kehamilan. Dan dapat dilihat perbezaan posisi bayi sebelum dan sesudah dibacakan ayat-ayat Al-Qur’an.

Sebelum dibacakan ayat suci Al-Quran, bayi nampak aktif dalam pergerakannya (normal memang macam ni). Kemudian dibacakan pula ayat suci Al-Quran..

Subhanallah! Hasilnya ketika dibacakan surat Al-Fatihah dan Al-Baqarah janin bayi tampak terdiam dlm keadaan sujud… seakan-akan mengenali suara-suara yang sedang dibacakan.

Kullu mauludin Yuuladu ‘alal fithrah… Jadi seorang ibu yang tengah mengandung anaknya sering-seringlah memperdengarkan ayat-ayat suci Al-Qur’an. Semoga kelak menjadi anak yang soleh dan solehah. Amiin.



p/s: inilah firnah manusia..
p/s/s: rakyat Jepun menggunakan kaedah ini untuk terapi menggunakan headphone yang diletakkan di perut ibu bagi bayi dalam kandungannya, buktinya anak yang lahir lebih cerdik, aktif dan mendengar kata


sumber asal : http://feryco.com

Tuesday, September 13, 2011

menghidupkan majlis taalim di rumah


Saya dapat rasakan..bahang kehangatan semangat ibu-ibu dan bapa-bapa di luar sana yang tidak sabar lagi untuk menghidupkan MAJLIS TA’LIM di rumah masing-masing. Subhanallah!! :) Semoga Allah swt terima niat suci murni ibu-ibu dan bapa-bapa semua….

Sebelum saya meneruskan penulisan saya, mari kita imbas kembali sebab-sebab mengapa kita mahu hidupkan majlis ta’lim di rumah kita? Apabila kita tahu sebab dan keperluannya, maka kita akan lebih bersungguh-sungguh untuk menghidupkannya. InsyaAllah.

Antara sebab-sebab nya ialah…

Kerana kita semua mahu rumah kita dikunjungi oleh para malaikat, dikurniakan oleh Allah swt dengan taufiq & hidayah, rahmat akan turun mencurah-curah ke atas rumah kita, dan sakinah (ketenangan) akan menyusup masuk ke dalam setiap jiwa ahli keluarga kita.

Apabila rumah kita hidup dengan amalan agama seperti majlis ta’lim, maka segala amalan buruk, kegelapan, ketegangan akan djauhkan daripada rumah kita. Amalan ini akan membawa “nur” kepada rumah kita dan kesannya, kehidupan suami, isteri dan anak-anak akan bahagia. InsyaAllah. :)

Jadi, sekarang sudah jelas bagi kita bahawa, bukan ahmad, aminah, aunty siew mei atau uncle siva yang memerlukan majlis ta’lim ini..bahkan, KITA dan KELUARGA kita lah yang sangat-sangat memerlukan majlis ta’lim ini.

Jadi sekarang, bagaimana caranya untuk menghidupkan majlis ta’lim di dalam rumah kita?

  1. Adakanlah mesyuarat bersama suami atau isteri agar kedua-duanya memahami betapa penting dan mulianya menghidupkan majlis ta’lim di rumah kita.
  2. Tentukan waktu untuk majlis ta’lim. Waktu yang terbaik untuk ta’lim adalah adalah apabila semua ahli keluarga boleh berkumpul pada waktu itu. Katakan, waktu ta’lim telah diputuskan pada pukul 9 malam; maka semua orang di dalam rumah kita, baik yang sedang basuh pinggan, baca suratkhabar atau buat kerja sekolah, perlu menghentikan aktiviti masing-masing dan berkumpul untuk majlis ta’lim.
  3. Tentukan tempat atau ruang yang khas untuk diadakan majlis ta’lim. Sebaik-baiknya, ta’lim diadakan di tempat dan waktu yang sama secara istiqamah kerana malaikat-malaikat akan menunggu kedatangan ibu-ibu sekeluarga pada setiap hari di tempat yang sama, insyaAllah.
  4. Bawa adab-adab duduk di dalam majlis dengan sempurna, seperti duduk iftirasy, menutup aurat, mendengar dengan tawajuh dll (akan saya kongsikan lebih lanjut tentang perkara ini)
  5. Memperdengarkan bacaan sebuah buku. Buku yang dicadangkan ialah kitab Fadhail A’mal (Kelebihan-kelebihan amal), karangan Maulana Muhammad Zakariya danMuntakhab Hadis (Hadis-hadis Terpilih) oleh Maulana Muhammad Yusof. Kedua-dua kitab ini mempunyai roh kerohanian yang sangat tinggi kerana “nur” daripada ayat-ayat Quran dan hadis-hadis yang telah dipilih, serta tafsiran dan kupasan yang dibuat dengan begitu baik & teliti oleh seorang ulama yang mempunyai jiwa kerohanian yang sangat tinggi. InsyaAllah, jika ada kelapangan, saya akan review kedua-dua buku tersebut.
  6. Bacalah kitab-kitab ini secara bergilir-gilir. Katakan, hari isnin, Fadhail A’mal dan hari Selasa pula Muntakhab Hadis.
  7. Kemudian, bacalah 1 atau 2 hadis bagi setiap bab setiap hari. Contohnya; 2 hadis daripada fadhilat solat, 1 hadis daripada fadhilat Al Quran dsb
  8. Ibubapa dan anak-anak boleh bergilir-gilir untuk membacakan kitab tersebut. Beri peluang kepada semua ahli keluarga untuk menyampaikan dakwah.
  9. Pastikan, tiada huraian yang dibuat oleh si pembaca. Ini kerana, untuk mengelakkan sebarang kesilapan dalam mafhum ayat Quran atau hadis, dan juga untuk menggalakkan setiap ahli keluarga (baik yang belajar aliran agama atau engineering) boleh dan mampu untuk melaksanakan tugas dakwah.
  10. Adakan majlis taklim sekurang-kurangnya dalam masa 30 minit pada setiap hari.

InsyaAllah, sama-samalah kita berazam untuk menghidupkan majlis ta’lim di dalam rumah kita, kerana majlis ini merupakan satu sunnah Rasulullah saw.

Pada zaman sahabat-sahabat r.ahum, setiap kali mereka pulang ke rumah setelah menghadiri majlis ta’lim Rasulullah saw di masjid, mereka akan adakan pula majlis ta’lim bersama ahli keluarga di rumah, untuk menyampaikan apa yang telah mereka dengar dan belajar daripada Rasulullah saw kepada isteri dan anak-anak mereka.

Indahnya kehidupan dalam rahmat, ketenangan dan keampunan daripada Allah swt….. :) Semoga Allah swt memberikan taufiq dan hidayah buat saya untuk istiqamah dalam menghidupkan majlis ta’lim di rumah.


sumber asal :http://anakkusoleh.com


Saturday, September 10, 2011

budak menyusu dengan lembu


Tha Sophat menyusu susu lembu (AP)

Kaok Roka: Seorang lelaki tua di Kemboja menyatakan, cucunya menyusu dengan seekor lembu sejak orangtuanya pergi ke Thailand untuk mencari nafkah. Um Oeung berkata, cucunya yang berusia 20 bulan, Tha Sophat mulai menyusu dengan lembu pada Julai lalu, setelah Sophat melihat anak lembu menyusui ibunya.

Pada awalnya, Oeung menghalang cucunya, namun lama kelamaan datuknya itu menyerah kalah ketika cucunya itu memberontak. Sophat pun menyusu kepada lembu selama satu atau dua kali sehari. Demikian seperti dipetik dari Associated Press, pada 10 September.

pada awalnya, Oeung menghalang cucunya,Kerana di setiap susu lembu yang belum dimasak tentunya mengandungi bakteria. namun lama kelamaan datuknya itu menyerah kalah ketika cucunya itu memberontak. Sophat pun menyusu kepada lembu selama satu atau dua kali sehari. Demikian seperti dipetik dari Associated Press, pada 10 September.Sophat hidup bersama datuknya di Provinsi Siem Reap yang terletak di bahagian utara Kamboja semenjak orangtuanya pergi ke Thailand untuk mencari pekerjaan.




Friday, September 9, 2011

kenali botol susu selamat/BFA FREE

Caranya mudah saja, di bahagian bawah botol susu bayi itu ada tercatat pengkelasan jenis plastik yang digunakan. Kalau ianya ada logo segi tiga dan di dalamnya adalah nombor 7, maknanya plastik botol susu itu menggunakan bahan lain-lain yang umumnya menggunakan formula pembentukan plastik yang mengandungi Polikarbonat.

Kalau botol susu itu ada label BPA FREE, maka ianya selamat dari bahan kimia polikarbonat.


Kebanyakan bahan pembungkus atau bekas makanan / minuman plastik diperbuat daripada enam (6) jenisresin yang biasa: polyethylene terephthalate (PET atau PETE), high-density polyethylene (HDPE), polyvinylchloride (PVC atau V), low-density polyethylene (LDPE), polypropylene (PP) dan polystyrene (PS). Setiap jenis resin

ini diwakili oleh ‘nombor’ di bawah Sistem Kod Identifikasi Plastik.


Sistem kod ini telah dicipta oleh The Society of Plastics Industry (sebuah persatuan perdagangan di Amerika Syarikat) pada tahun 1988 bagi tujuan kitar semula. Sistem kod ini terdiri daripada Nombor 1 hingga 7. Setiap
nombor pada simbol kitar semula tersebut menunjukkan jenis-jenis bahan plastik yang digunakan untuk

menghasilkan pembungkus atau bekas makanan dan minuman plastik


sumber asal :http://cpintrass.com


Doa menghadapi masalah anak remaja


Tuesday, September 6, 2011

Kanak-kanak terpendek

KAMA Mirezzanial dengan ketinggian 56sm bersama adiknya Kamarya Myzara.

Zanial hidap Sindrom Sackle budak terpendek di dunia

KUALA TERENGGANU: Berikutan tumbesarannya terhenti sejak berusia lima tahun, Kama Mirezzanial Kama Rezmee, 7, dengan ketinggian 56 sentimeter mungkin lelaki terpendek di dunia, mengatasi rekod dipegang Junrey Balawing, 18, dari Filipina dan Khagendra Thapa Magar, 19, dari Nepal yang masing-masing setinggi 60 dan 67 sentimeter.

Kama Mirezzanial yang dilahirkan pada 2 Mac 2004, adalah cahaya mata kepada pasangan Kama Rezmee Kamaruddin, 36, dan Masitah Md Yusof, 34, anak Terengganu yang kini mengusahakan perniagaan penyediaan makanan di Seri Kembangan, Selangor.
Penulis yang berkunjung ke rumah nenek Kama Mirezzanial, Rajemah Sheikh Ahmad, 67, di Taman Permint Jaya, Chendering di sini, terpegun melihat keletah dan keadaan fizikal si kenit itu yang lebih mesra dengan panggilan Zanial.

Walaupun sudah memasuki usia Tahun Satu, keadaan fizikal Zanial tidak seperti rakan sebayanya, malah dia hanya berdiri setakat pinggang adiknya Kamarya Myzara, empat tahun, sekali gus setiap yang melihat pasti menyangka Zanial yang hanya seberat 4.8 kilogram adalah adik.

Kama Rezmee berkata, Zanial tidak ada masalah kesihatan dan dia seorang yang periang kecuali agak pemalu dengan orang yang belum pernah ditemuinya.

Dengan keadaan fizikal yang menyamai bayi berusia dua tahun, Kama Rezmee berkata, Zanial sentiasa menjadi perhatian ramai apabila mereka keluar bersiar-siar dan ramai yang akan mengambil kesempatan mendukung anak sulung daripada dua beradik itu.
"Zanial dilahirkan di Hospital Putrajaya menerusi pembedahan ketika kandungan isteri saya lapan bulan.

“Selepas dilahirkan, Zanial hanya sebesar tapak tangan dan beratnya 550 gram, manakala jari tangan sebesar batang mancis dengan kepala sebesar bola tenis,” katanya yang mengakui berasa bangga mempunyai seorang cahaya mata dikategorikan sebagai insan istimewa.

Kama Rezmee yang juga anak kepada pasangan atlit olahraga negara Allahyarham Kamaruddin Maidin dan Rajemah, kini berada di rumah ibunya di Terengganu bagi merayakan Aidilfitri.

Selepas dilahirkan, Zanial ditempatkan dalam wad khas selama 10 hari dan kemudian diletakkan dalam inkubator selama 75 hari dan ketika itu keluarga dimaklumkan peluang untuk Zanial hidup sekitar 35 peratus saja.

Rejemah pula berkata, keluarga dimaklumkan doktor tumbesar Zanial terbantut kerana menghidap ‘Sindrom Sackle’ dan mereka mengalami gejala itu mempunyai wajah hampir serupa.

“Saya terpanggil untuk memberitahu kepada media apabila membaca akhbar Berita Harian sebelum ini yang melaporkan mengenai Khagendra, lelaki kedua terpendek di dunia kerana saya juga mempunyai cucu lelaki yang mana dari segi saiz fizikal dan rupa parasnya hampir sama dengan Khagendra.

“Zanial tidak ada masalah kesihatan dan sentiasa riang dan boleh berkomunikasi dengan baik walaupun percakapannya seperti kanak-kanak baru belajar bercakap,” katanya sambil menambah Zanial kini mengikuti pembelajaran dari rumah kerana bimbang keselamatannya jika dihantar ke sekolah.

Sementara itu, The Malaysia Book of Records yang dihubungi berkata, pihaknya akan memeriksa kriteria ditetapkan sama ada Zanial layak menyandang status lelaki terpendek di dunia.

Menurut wartawan penyelidiknya, Myra Dzaman, usia Zanial masih kanak-kanak berbanding Junrey dan Khagendra yang dalam lingkungan umur belasan tahun.

Sebelum ini, status lelaki terpendek di dunia dipegang He Ping Ping dari China yang tinggal di Inner Monggolia dengan ketinggian 74.6 sentimeter. Bagaimanapun, beliau sudah meninggal pada Mac lalu ketika berusia 22 tahun.

sumber : berita harian

Monday, September 5, 2011

Yang perlu dielakkan ketika menghukum anak-anak



Jangan pukul anak dari lutut ke atas
Jangan gunakan tangan/anggota tubuh kita utk memukul anak dengan tangan dan jangan sesekali menampar anak pakai tangan kita. nanti anak jadi bertambah degil dan nakal dan tak boleh control) Rotan/pukul anak di telapak kakinya . Secara saintificnya ada kaitan dengan refleksologi dan merangsang ke bahagian otak

Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu hingga tujuh tahun. Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan hubungan rapat. Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau salah pukullah dia (sebagai pengajaran)” dimana yang nak dipukul tu? Tapak kakinya … bukan muka, punggung, telinga dan ditempat-tempat yang sensitif… itu salah….Jika dia bijak dan menang dalam sebarang pertandingan sekolah , ucapkan tahniah.

Tidak salah kita cium atau peluk mereka sebagai tanda penghargaan. Kala umur mereka 14 hingga 21 tahun jadikan kawan. Tetapi selalunya usia beginilah ibubapa mula merenggangkan hubungan dan ini menyebabkan anak derhaka”. Yang penting anak-anak harus dilatih sembahyang jemaah bersama, latih cium tangan dan peluk penuh kasih dan sayang, maka mereka tidak akan tergamak menderhaka.”Saya pernah tinjau, anak-anak yang lari daripada rumah, berpunca daripada rasa bosan.

sumber asal :http://sillaturahim.wordpress.com

Sunday, September 4, 2011

Amalan ketika hamil


Antara doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa mengandung ialah

* Saidul (penghulu) Istighfar
* Doa memohon rahmat (Al-Quran Surah Ali 'Imran, 3 : 8-9)
* Doa memohon zuriat yang baik (Al-Quran Surah Ali 'Imran, 3 : 38 )
* Doa agar anak mengerjakan solat (Al-Quran Surah Ibrahim, 14 : 40-41)

* Surah Al-Fatihah (Untuk terang hati dan kuat ingatan)
* Surah Maryam (Untuk memudahkan ibu bersalin)
* Surah Yusuf (Untuk memperoleh anak yang cantik rupa dan cantik akhlak)
* Surah Luqman (Untuk memperoleh anak yang cerdik akal dan cerdik jiwa)
* Surah Yaasin (Untuk ketenangan hati dan anak tidak terpengaruh dengan godaan syaitan yang mengajak kepada maksiat)
* Surat Toha (Semoga bayi lembut hati)
* Surah Al-Nahl (Untuk melahir anak yang berdisplin)
* Surah Hujurat (Untuk memperbanyakkan susu ibu dan anak bersifat berhati-hati)
* Surah Al-Taubah (Untuk membersih jiwa dan terpelihara daripada maksiat)

Selain daripada surah dan doa, terdapat beberapa perkara yang elok diamalkan agar anak yang dilahirkan sejahtera dan berakhlak mulia. Antaranya:

1. Banyak mengingati Allah SWT dengan memohon ampun dan taubat supaya Allah SWT akan mengampunkan segala dosa yang telah dilakukan selama ini dan seterusnya akan membersihkan hati dari perasaan yang tidak baik. Dengan ini juga diharap anak yang bakal lahir nanti bersih hatinya dan ibu dapat bersalin dengan tenang dan selamat

2. Banyak melakukan ibadat, membuat kebajikan dan meninggalkan segala larangan agama. Perempuan hamil dituntut memperbanyakkan amal ibadat seperti sembahyang sunat, puasa sunat terutama Isnin dan Khamis serta sentiasa menjaga syariat. Bukan sahaja isteri, suami juga dituntut sama.

3. Sentiasa berakhlak baik. Ibu-ibu yang sedang mengandung harus lebih banyak bersabar, bersikap baik dengan jiran, menghormati ahli keluarga dan teman-teman. Tingkah laku yang baik akan mempengaruhi sikap anak yang bakal lahir.

4. Sentiasa tenang dan gembira. Keadaan emosi yang tenang dan bahagia merupakan rangsangan kepada pembinaan otak seterusnya kelahiran bayi yang sihat, terangsang, pintar dan cerdas.

Aminn

Friday, September 2, 2011

Kesilapan ibu bapa dalam mendidik anak-anak





1.KURANG BERDOA DALAM PROSES MENDIDIK ANAK.

  • Doa adalah permintaan dari hamba kepada Allah swt.
  • Ibu bapa yang kurang berdoa membentuk nilai yang rendah,sombong dan berfikiran negatif.
  • Ibu bapa harus berdoa untuk kejayaan anak
2.MEMPERKECILKAN KEBOLEHAN ANAK.
  • Setiap anak mempunyai kebolehan yang berbeza.
  • Ibu bapa harus peka dengan kebolehan anak.
  • Anak yang diperkecilkan kebolehan akan membentuk sifat diri yang pendendam, nilai diri yang rendah dan tidak mampu berdikari.
3.KURANG TEGAS DALAM MENDIDIK ANAK.
  • Ketegasan adalah penting dalam menjadual waktu kehidupan seharian.
  • Disiplin yang tegas menjadikan anak lebih menghormati keputusan yang dibuat oleh ibu bapa.Cth : waktu belajar, mengaji, tidur, riadah dan sebagainya.
4.LEBIH BANYAK MEMBERI BELAIAN NEGATIF DARI BELAIAN POSITIF.
  • Anak yang dididik dengan belaian negatif akan menjadi bersifat rendah diri dan berperasaan takut.
  • Anak memerlukan 20% belaian negatif bagi menyedarkan kesilapan mereka.
  • Ibu bapa membantu anak berazam untuk tidak melakukan perbuatan tersebut.
5.KURANG PANDAI MENJADI KAWAN KEPADA ANAK-ANAK.
  • Anak memerlukan kawan untuk bercerita, meluahkan perasaan, mengadu hal dan bermain.
  • Untuk menyelami hati nurani anak, ibu bapa harus menjadi seperti kawan mereka.
6.KURANG MEMBERIKAN SENTUHAN KEPADA SEMUA ANAK-ANAK.
  • Ibu bapa yang cemerlang sentiasa memberikan sentuhan kepada anak-anak.
  • Sentuhan yang berupa pelukan, ciuman, dan sebagainya merupakan penawar segala penyakit dan menambahka kemesraan anak kepada ibu bapa.
7.SUASANA RUMAH TANGGA YANG KURANG KONDUSIF.
  • Rumah tangga yang sentiasa porak peranda akan menyebabkan anak –anak melarikan diri dan mencari kedamaian diluar rumah.
8.MENEGUR SECARA NEGATIF.
  • Anak yang ditegur secara negatif seperti dicemuh dan dikritik akan membentuk minda yang negatif.
  • Contoh : Jika dimarahi dengan perkataan “ degil ”, “malas” akhirnya menjadi tabiat kepada anak tersebut. Perkataan itu dizahirkan melalui perbuatan.
9.KURANG MENDEDAHKAN ANAK-ANAK KEPADA MODEL-MODEL YANG CEMERLANG.
  • Model model yang cemerlang patut didedahkan kepada anak supaya nilai murni dapat ditanamkan dalam diri anak
  • Pendedahan boleh dibuat melalui pembelian buku dan bercerita. Pendedahan penting untuk membentuk keazaman yang tinggi.
10.KURANG MENGHIDUPKAN SUNAH DALAM RUMAH TANGGA.
  • Kehidupan rumah tangga Rasulullah saw adalah contoh tauladan yang baik untuk diikuti oleh umat manusia. Cth: makan, tidur,beribadat dan sebagainya.
11.MENUNJUKKAN PERSELISIHAN DI HADAPAN ANAK-ANAK.
  • Pertelingkahan dan perselisihan faham antara kedua ibu bapa tidak harus berlaku dihadapan anak. Ini menunjukan kelemahan dihadapan anak-anak.
  • Anak akan berasa kurang hormat kepada kedua ibu bapa.
12.KURANG MENGASUH ANAK MEMBUAT KERJA-KERJA RUMAH.
  • Anak perlu diasuh dan dilatih membuat kerja rumah supaya tidak timbul pentingkan diri sendiri serta tidak menghargai pekerjaan orang lain.
  • Jangan bebankan kerja yang berat. Cth basuh pinggan selepas makan.
13.MASIH MEMBIARKAN AKHLAK YANG BURUK DIDALAM RUMAH TANGGA.
  • Ibu bapa harus menghidarkan akhlak yang buruk dalam rumah tangga seperti tabiat yang tidak sesuai seperti merokok, mengumpat, berjudi , memaki hamun dan sebagainya.
  • Tabiat yang buruk itu jangan ditunjukan kepada anak-anak.

sumber asal
: http://mytwinshero.blogspot.com