Showing posts with label bayi. Show all posts
Showing posts with label bayi. Show all posts

Thursday, October 27, 2011

Info tentang kelahiran kembar


Melahirkan kembar memang menjadi idaman setiap pasangan, lebih lebih lagi apabila melihat pasangan lain yang mempunyai anak kembar yang cukup comel, timbul keinginan dan iri yang kuat untuk sama menikmatinya tapi tahukah anda memiliki anak kembar tidak semudah yang disangka dan meletakkan kandungan anda sebagai kehamilan berisiko.

Kembar seiras berasal dari satu telur yang tersenyawa dengan 1 sperma. Mereka akan mempunyai jantina yang sama dan rupa yang sama.

Kembar tidak seiras pula berasal dari telur-telur yang disenyawakan oleh sperma yang berbeza. Ia mungkin mempunyai jantina yang berbeza atau sama.

Ubat kesuburan menambahkan risiko mendapat anak kembar. Clomid memberikan 10% risiko manakala Gonal F memberikan risiko 30%.

Kandungan kembar mempunyai lebih risiko untuk lahir pra-matang, keguguran dan kejadian bayi cacat.

Bayi selalunya mempunyai berat badan yang lebih kecil semasa dalam kandungan dan selepas lahir.

Kandungan kembar mempunyai lebih risiko untuk kematian bayi dalam kandungan, samada salah satu atau keduanya berkemungkinan berpunca dari masalah uri, tali pusat terbelit, kecacatan dan lain-lain.

Vanishing Twin adalah istilah yang digunakan untuk mengambarkan kandungan kembar yang tiba-tiba hilang dan menjadi satu. Ia selalunya terjadi pada awal kehamilan iaitu 6-7 minggu dan cuma dikesan melalui ujian ultrasounds.

Ibu yang hamil anak kembar lebih berisiko untuk mengalami PRE-ECLAMPSIA, satu keadaan penyakit darah tinggi yang serius dan juga masalah kencing manis.

Disebabkan oleh uri yang lebih besar, ibu lebih berkemungkinan untuk mendapat Placenta Previa, satu keadaan dimana uri berada pada kedudukan bawah yang boleh meberikan pendarahan faraj semasa hamil.

Ibu sering mendapat ‘ morning sickness yang berganda dari biasa dan sakit sakit semasa hamil yang lebih kerap dan teruk dari kandungan biasa.

Peluang hamil kembar menjadi tinggi sekiranya anda mempunyai saudara terdekat yang mempunyai anak kembar.

Hamil kembar bermakna ibu hamil kembar perlukan lebih pemakanan vitamin dan zat dari kandungan tunggal kerana anda akan lebih kerap mendapat anemia iaitu masalah kekurangan sel darah merah.

Anda lebih berisiko untuk menjalani pembedahan ceasarean kerana bayi kembar lebih cenderung berada dalam kedudukan tidak normal kerana saiz yang lebih kecil.

Ibu kembar lebih kerap mendapat risiko tumpah darah selepas melahirkan samada kelahiran melalui caesarean mahupun kelahiran normal.

sumber : ensiklopedia petua melayu

Tuesday, October 18, 2011

makanan yang perlu dielakkan untuk bayi



Makanan yang perlu dielakkan

madu
madu menganndungi spora botulisme,usus bayi belum cukup kuat untuk mencegah pertumbuhan spora yang boleh menyebabkan keracunan.

kacang
struktur kacang yang tebal dan lekit sukar untuk bayi menelannya.

makanan bergaram
Garam (ginjal bayi belum cukup kuat untuk menerimanya), makanan rendah lemak (tidak disarankan untuk anak di bawah usia 2 tahun), jus buah atau jeruk murni, telur mentah, pemanis buatan, hot dog, dan sosis yang tinggi kadar lemak. Begitu pula makanan dengan tambahan bumbu dan rempah-rempah.

makanan yang boleh buatkan bayi tersedak
Makanan yang kecil, tetapi keras, seperti kacang, popcorn, atau kismis, perlu dihindari agar si kecil tidak tersedak. Bahkan, makanan yang lunak seperti marshmallow atau jelly pun boleh tersangkut di kerongkongnya..

alergik
Jika keluarga Anda memang cenderung mengalami alergi, minta nasihat doktor terlebih dahulu mengenai cara memperkenalkan makanan, seperti susu sapi, kacang, gandum, ikan, dan telur.


makanan padat yang sesuai untuk bayi

Usia 6 bulan
Bubur susu 1-2 sendok makan, dua kali sehari.
Sayuran dalam jumlah sekitar 1-2 sendok makan, dilumatkan.
Buah dalam jumlah kecil, sekitar 1-2 sendok makan, dilumatkan.

Usia 7 bulan

Bubur susu 2-3 sendok makan, dua kali sehari.
Sayuran 2-4 sendok makan, dilumatkan.
Buah 2-4 sendok makan, dilumatkan.
Ikan, daging, ayam, 1-2 sendok makan, dilumatkan.
Kentang 1 sendok makan, dilumatkan.

Usia 8 bulan
Bubur susu 2-3 sendok makan, dua kali per hari.
Sayuran 6-8 sendok makan, dilumatkan.
Buah 2-4 sendok makan, dihaluskan.
Daging, ikan, ayam, 1-2 sendok makan, dilumatkan.
Kentang, nasi, 1-2 sendok makan, dilumatkan.

Usia 9 bulan
Bubur susu 3-4 sendok makan, dua kali sehari.
Sayuran 2-3 sendok makan, dilumatkan.
Buah 3-4 sendok makan, dihancurkan.
Ikan, daging, ayam, 1-2 sendok makan, dilumatkan.
Kentang, nasi, 2-3 sendok makan, dilumatkan.

Usia 10 bulan
Bubur susu 3-4 sendok makan, dua kali sehari.
Sayuran 3-4 sendok makan, dilumatkan atau dicincang kasar.
Buah 3-4 sendok makan, dihancurkan atau dicincang kasar.
Ikan, daging, ayam, 1-2 sendok makan, dilumatkan atau dicincang kasar.
Kentang, nasi, 2-3 sendok makan, dilumatkan.

Usia 11 bulan
Bubur susu 4 sendok makan, dua kali sehari.
Sayuran 3-4 sendok makan, dilumatkan atau dicincang kasar.
Buah 3-4 sendok makan, dihancurkan, dilumatkan, atau dicincang.
Ikan, daging, ayam, 2-4 sendok makan, dilumatkan atau dicincang.
Kentang, nasi, 4-5 sendok makan, dilumatkan atau dicincang.

Usia 12 bulan
Bubur susu 4 sendok makan, dua kali sehari.
Sayuran 3-4 sendok makan, dicincang kasar.
Buah 3-4 sendok makan, dicincang.
Ikan, daging, ayam, 3-4 sendok makan, dicincang.
Kentang, nasi, 2-3 sendok makan, dicincang atau sedikit dihancurkan.